Monday, June 14, 2010

Wednesday, June 2, 2010

FUDGY WUDGY CHOCOLATE COOKIES

                                                                             
 BAHAN2 (A) :

125 gm butter [dipotong2]
1 sudu  teh esen vanilla ] [Adun kesemuanya
11/4 cwn gula perang] sehingga sebati dan
1 biji telur] lembut]

BAHAN2 (B) :

1 cwn tepung gandum ]
 1/4 cwn tepung naik sendiri] [Satukan
1 sudu teh soda bikarbonat] [kesemua bahan2 dn
1/3 cwn serbuk koko] [gaulkn]

1/2 cwn kismis hitam
3/4 cwn macadamia nut [digoreng dn dihancurkn kasar2]
 1/2 cwn kepingan coklat hitam [dipotong berkeping2]

p/s: Puan2 boleh juga gantikan dgn coklat bar kalau tdk mahukan kacang krn kdg2
kanak2 lebih menggemari coklat dpd kcg.

CARA2 MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven dalam suhu lebih kurang {170C - 180C}
2. Satukan kesemua bahan (A) dan bahan (B) dan diadun perlahan-lahan.
3. Selepas itu campurkan  kismis hitam, kacang macadamia dan  kepingan coklat yg tlg dihancurkan.
4. Uli adunan perlahan2, kemudian sudukan adunan setebal 4cm dn letakkan di atas dulang pembakar.
5. Tekan adunan tadi dgn garpu utk mendapatkan paten berbelang-belang.
6. Bakar selama 10-12 minit, selepas itu biarkan selama 5 minit diatas redai utk menyejukkannya.
 ~Selamat Mencuba~

Tips Utk Membuat Biskut :

1. Untuk mengetahui samada biskut itu masak ke belum, kenalah tunggu sampai keluar baunya       barulah check samada ianya keras atau lembut.
2. Sebenarnya biskut tidak boleh dibakar di dalam suhu melebihi 180c- ini akan menyebabkan   ianya hangus atau tidak masak di dalamnya.
3. Untuk mendapatkan biskut yang sama rata hendaklah dibentuk saiz yang sama besar~ klu tidak ianya akan masak tidak sekata.
4. Bagi adunan biskut yang lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan di dalam plastik, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Untuk adunan biskut yg agak keras sedikit, tambahkan sesudu susu segar.
6. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar biarkan sebentar di atas redai selama 5 minit utk menyejukkannya.
7. Untuk mengelakkan biskut jadi leper, elakkan guna oven tray yang panas.
8. Untuk biskut yang baru hendak dibakar,sejukkan dulu oven tray dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu.


























                                                  



 

CRUNCHY CHOCOLATE RICE

Bahan-Bahannya:

230 gm mentega
secubit garam
200 gm gula kaster (kurangkan sikit takut manis sangat) - akk kurang ke 130gm
1 biji telor - akk guna kuning telur jer
½ st esen vanila
50 gm oats (toast sikit, sejukkan)
250 gm tepung gandum
1 st serbuk penaik (ayak dgn tepung)
1 cawan almond nib (toast sikit, sejukkan)
100 gm chocolate rice
1sb tepung jagung (optional - nak bagi rangup)

Cara-cara Membuatnya:
Pukul mentega, garam dan gula hingga ringan dan kembang. Selepas itu tambahkan telor dan esen vanila hingga sebati.
Masukkan bahan2 kering, gaul rata dengan senduk kayu pun tak apa asalkan semua bahan bercampur dan melekat, dan boleh beramas mesra antara satu sama lain.
                                  Sudukan sesudu adunan ke loyang dan bakar hingga keperangan.

Nota : adunan ni lembik tau, tu sebab kena guna sudu..... 
~~~ Actually, biskut ni sgt sedap bila dimkn waktu ptg bersama dgn family..ank2 K.Rose pun mmg suka sgt biskut ni kerana kerangupannya..Cuba ye jgn x cuba plk..~~~

Friday, February 26, 2010

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP

Bahan A:
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara-cara Membuatnya :

1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

ok selamat mencuba.... :)