Wednesday, June 2, 2010

FUDGY WUDGY CHOCOLATE COOKIES

                                                                             
 BAHAN2 (A) :

125 gm butter [dipotong2]
1 sudu  teh esen vanilla ] [Adun kesemuanya
11/4 cwn gula perang] sehingga sebati dan
1 biji telur] lembut]

BAHAN2 (B) :

1 cwn tepung gandum ]
 1/4 cwn tepung naik sendiri] [Satukan
1 sudu teh soda bikarbonat] [kesemua bahan2 dn
1/3 cwn serbuk koko] [gaulkn]

1/2 cwn kismis hitam
3/4 cwn macadamia nut [digoreng dn dihancurkn kasar2]
 1/2 cwn kepingan coklat hitam [dipotong berkeping2]

p/s: Puan2 boleh juga gantikan dgn coklat bar kalau tdk mahukan kacang krn kdg2
kanak2 lebih menggemari coklat dpd kcg.

CARA2 MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven dalam suhu lebih kurang {170C - 180C}
2. Satukan kesemua bahan (A) dan bahan (B) dan diadun perlahan-lahan.
3. Selepas itu campurkan  kismis hitam, kacang macadamia dan  kepingan coklat yg tlg dihancurkan.
4. Uli adunan perlahan2, kemudian sudukan adunan setebal 4cm dn letakkan di atas dulang pembakar.
5. Tekan adunan tadi dgn garpu utk mendapatkan paten berbelang-belang.
6. Bakar selama 10-12 minit, selepas itu biarkan selama 5 minit diatas redai utk menyejukkannya.
 ~Selamat Mencuba~

Tips Utk Membuat Biskut :

1. Untuk mengetahui samada biskut itu masak ke belum, kenalah tunggu sampai keluar baunya       barulah check samada ianya keras atau lembut.
2. Sebenarnya biskut tidak boleh dibakar di dalam suhu melebihi 180c- ini akan menyebabkan   ianya hangus atau tidak masak di dalamnya.
3. Untuk mendapatkan biskut yang sama rata hendaklah dibentuk saiz yang sama besar~ klu tidak ianya akan masak tidak sekata.
4. Bagi adunan biskut yang lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan di dalam plastik, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
5. Untuk adunan biskut yg agak keras sedikit, tambahkan sesudu susu segar.
6. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar biarkan sebentar di atas redai selama 5 minit utk menyejukkannya.
7. Untuk mengelakkan biskut jadi leper, elakkan guna oven tray yang panas.
8. Untuk biskut yang baru hendak dibakar,sejukkan dulu oven tray dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu.


























                                                  



 

1 comment:

  1. tima kasih jadi followers blog saya.... tgk lak resepi cupcake coklat ni.... jap....jenguk2lah kita selalu....yer

    ReplyDelete